Monday, May 18, 2009

unlike journey..

sempat la gak ak draw.. haha..

Tanggal 18 mei 2009..
aku telah membuat satu perjalanan ke kluang, dimana ceritanya bermula dengan tragedi...
sedang aku mendengar indahnya alunan suara ditelinga.. tiba2..
satu suara mencelah membuka laluan sendiri.. "ASYRAF!!.. cepat siap nak pergi kluang.." dengan serta merta darahku yg sedang mengalir dengan alunan nadi berdegup tenang tanpa bonjolan di lorongan tiba2.. sebuah gerbangan yang besar amat sangat menghalang perjalanan aliran merah saga.. malah mengganggu semua sistem tubuhku yang sedang berfunsi dengan bahagia..
entah kenapa hari ini aku malas nak melangkah walau sekaki keluar dari rumah.. kadang2 apa yang ak rasakan ada sebabnya.. dengan berat ku tinggalkan segalanya.. aku berlenggah2 menukar penutup badanku.. ketukan pintu bertalu2 di telinga menyuruh aku memendekan masa.. aku keluar dengan rasa hampa tanpa rasa apa2.. ayah dan emak ku sudah menunggu ku diluar..
haha.. tiba2 aku tergelak kecil apabila ku melihat tempat duduk pemandu kosong.. lantas ku berfikir adakah ini tugasan baru ku.. memang tepat tekaan ku itu.. ayah ku ingin aku memandu pada hari itu.. huu.. menarik nafas panjang sambil membuka pintu kereta.. dengan serlamba aku membuat persediaan.. selepas bibir melafas doa tanpa mengira masa aku terus memandu..
pada permulaan perjalanan.. suasananya agak tenang.. cuma kadang2 terdengar suara belakang memecah sunyi.. sesampainya aku di bandar kluang.. fikiran aku berkata ini adalah kemuncak segala-galanya.. dimana kesabaran anda akan tercabar dan mungkin anda akan mengalirkan air mata.. tapi bagi aku mungkin tidak kerna ak sudah lali.. bak kata pepatah alah bisa tegar biasa.. 
pada mulanya aku tak kisah semua itu.. tapi bila kesabaran ku mula menipis.. telinga ku menjadi merah tanpa sebab.. itu menandakan had ku tak membantu lagi.. BRAKE2!!.. dengan nada yang agak keras.. ini adalah satu perkataan yang anda akan rasa meluat bila mendengarnya sedang memandu disebelah bapa ku.. haha.. "sabar ya.." mak ku mencelah dari belakang..
setelah melalui semua lunak duri, tibalah aku di kampung melayu niyor.. huu.. kini berakhir la semua nya.. salam adalah satu adat melayu menandakan kita hormat pada seseorang atau orang lebih tua daripada kita..
selepas maghrib baru ku berangkat pulang.. tapi kali ni bukan lagi ku memandu.. tapi hero ku memandu.. dalam perjalanan pulang.. aku memenuhkan ruang legaran pemikiran ku dengan satu perkara yang bermanfaat.. aku memikirkan tindakan ayah ku semasa aku memandu tadi..
tidakan beliau sebenarnya adalah satu azimat bukannya lakhnat.. tanpa ku sedari selama ini ayah aku mengajar aku dengan cara tersebut adalah satu cara dari banyak cara untuk mendidik seorang anak..
memang aku akui ayah aku seorang yang garang.. tapi tak la garang sangat.. boleh la tahan.. haha.. aku berterima kasih pada ayahku kerna beliau telah mendidikku menjadi seorang insan yang berguna.. terima kasih abah!.. beliau adalah hero ku..
hah.. ayt ni agk skema kn.. so sori r klo ad slh tulih ker.. ap2 je la kn..
ni karya pertama ak..
klo ad komen..
juz taip n send key..
salam..

2 comments: